Rezeki Ramadan, peminat muzik indie menang Honda RS-X [Malaysia Tribune]

Muzamir Ismail March 20, 2024

PUCHONG – Seorang peminat muzik indie tidak menyangka pada malam Anugerah Lagu Indie 2023 (ALI2023) membawa tuah apabila terpilih sebagai pemenang terpantas dengan menghantar 3 kata kunci di laman X.

Dengan kemenangan itu, Mohammad Noor Jumaat, 36, membawa pulang motosikal Honda RS-X yang bernilai lebih RM9,000.

Katanya, dia terkejut dan terharu ketika namanya diumumkan membuatkan dirinya terkedu seketika dan rasa tidak percaya.

“Saya tidak akan menjual motosikal tersebut, sebaliknya ingin menggunakan untuk kegunaan sendiri,” katanya.

Mohammad Noor ditemui selepas satu majlis yang diadakan di Honda Impian X, Bandar Puchong Jaya.

Hadiah tersebut diserahkan oleh AmanRa duta Honda RS-X dengan diiringi oleh Pengurus Kanan Pemasaran Honda Motorcycle, Steven Chin dan Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie, Ahmed Faris Amir.

Dalam pada itu Ahmed Faris mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan motosikal rasmi Honda Motorcycle Malaysia yang sudi untuk menambah nilai kepada Anugerah Lagu Indie 2023.

“Hampir 200 orang telah hadir memeriahkan malam pentas akhir anugerah lagu indie dan mampu memberi inspirasi kepada penggiat muzik indie untuk menghasilkan karya yang asli dan berkualiti,” katanya.

“Lagu indie kategori pop Pembunuh Malam hasil karya Hazeeq Hilman dan Muhd Haziq menjuarai lagu terbaik daripada 626 lagu yang dihantar untuk menyertai anugerah ini.

“Anugerah ini dianjurkan untuk mengiktiraf bakat-bakat muda komuniti muzik indie,” katanya lagi.

Sumber artikel : https://malaysiatribune.news/2024/03/20/rezeki-ramadan-peminat-muzik-indie-menang-honda-rs-x/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *