15 Lagu Ke Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023

RM36,000 Menanti Juara Anugerah Lagu Indie 2023, Adakah Jadi Milik Pengkarya Indie Pop, Rock Atau Hip Hop?

Music Addicts Malaysia 23/02/2024 

Lima belas lagu daripada tiga kategori iaitu Pop, Rock dan Hip Hop telah terpilih untuk berentap di final Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) yang akan berlangsung pada 7 Mac depan.

Menurut Penerbit Eksekutif ALI, Ahmed Faris Emir, 15 lagu terbaik yang dipilih adalah daripada 626 penyertaan yang diterima sejak dibuka pada Julai tahun lepas.

“Sejak penganjurannya pada tahun 2020, Anugerah Lagu Indie masih kekal meraikan pelbagai sempadan runut dan komposisi,” katanya.

Membawa kelainan buat pendengar, #ALI2023 pada kali ini memiliki pelbagai kategori berbeza seperti lagu terbaik di bawah genre pop, rock, dan hip hop.

Ahmed Faris Emir dan Jennifer Thompson.

Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie, Jennifer Thompson pula berkata, lagu-lagu yang berjaya ke pentas akhir telah melalui proses yang teliti dan dipilih berdasarkan kualiti lagu tersebut.

“Lagu yang dipilih dan dicalonkan mestilah mempunyai lirik dan muzik yang asli.

“Kesemua lagu yang diterima telah dipilih berdasarkan markah yang diberikan oleh juri profesional iaitu sebanyak tujuh peratus dan melalui undian awam di anugerahlaguindie.com.my sebanyak 30 peratus,” katanya.

Tidak sia-sia untuk mencuba nasib, juara #ALI2023 bakal membawa hadiah wang tunai berjumlah RM36,000.

TOP 5 KATEGORI HIP HOP TERBAIK

1. Ice Cold Castle

○ Komposer oleh: Jeffery Chong, Ooi Chen Chun, Ammar Ariff, Danish Hakimi.

○ Lirik oleh: Jeffery Chong, Ammar Ariff, Danish Hakimi

○ Artis: Yung Kai, Nakalness, Akkimwaru.

2. Candy Mind

○ Komposer oleh: Sya

○ Lirik oleh: Sya dan Senna

○ Artis: Sya

3. LXF

○ Komposer oleh: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia dan Dj Ruckes

○ Lirik oleh: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia dan Dj Ruckes

○ Artis: LXF

4. Gard O Gard

○ Komposer dan lirik oleh: Uzayr Muhammad dan Jeffrey Affandy

○ Artis: 53 Universe

5. Mimpi Untuk Semalam

○ Komposer oleh: Dafreakinaz, Jaystation, Quai

○ Lirik oleh: Jaystation, Quai

○ Artis: Slatan atau dikenali Jaystation, Quai

TOP 5 KATEGORI POP TERBAIK

1. Pura

○ Komposer, lirik dan artis oleh: Fatin faizal

2. Pembunuh Malam

○ Komposer dan lirik oleh: Hazeeq hilman dan Muhd Haziq

○ Artis: Lunar

3. Stargazing

○ Komposer dan lirik dan penyanyi oleh: Odelia Tirza

4. Luka

○ Komposer, lirik dan penyanyi oleh: Lily Jannah

5. Derana

○ Komposer dan lirik oleh: Syahir Cherpen

○ Artis: Heidi & Ruang aHti

TOP 5 KATEGORI ROCK TERBAIK

1. Jiwa (Takhta Milik Kita)

○ Komposer oleh: Aimran, Faz, Adry, Shahril

○ Lirik oleh: Shahril Redzwan

○ Artis: Akta

2. In The Haze

○ Komposer oleh: Chia Shock Hong, Bryan Lu

○ Lirik oleh: Chia Shock Hong

○ Artis: Math Class

3. Inti Sari

○ Komposer oleh: Hayzeeq Iman, Daniel Aswad dan Harith Zikry

○ Lirik oleh: Hayzeeq Iman dan Daniel Aswad

○ Artis: Zerophobia

4.Terra Luna

○ Komposer oleh: Crazy Grizzly

○ Lirik oleh: Mustika Sari

○ Artis: Crazy Grizzly

5. Souled Out

○ Komposer, lirik dan penyanyi oleh: Vota

Jangan lupa untuk menonton Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 di laman YouTube Anugerah Lagu Indie pada 7 Mac 2024 jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

Ikuti Instagram Anugerah Lagu Indie untuk maklumat lanjut dan hebahan terbaharu.

Sumber artikel : https://musicaddicts.my/15-lagu-ke-pentas-akhir-anugerah-lagu-indie-2023/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *