PERTAMA KALI DIANJURKAN, ESPORTSCON MALAYSIA BAKAL BERLANGSUNG 6 JANUARI 

Puchong, 22 Disember 2023 – EsportsCon Malaysia 2024 adalah acara untuk meraikan industri esukan Malaysia dengan menyediakan platform kepada pihak berkepentingan dan peminat esukan untuk berhubung, berinteraksi, menjalin rangkaian, dan memahami lebih lanjut tentang ekosistem esukan.  Konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan ini bakal menarik pelbagai golongan pengunjung dalam kalangan pemain industri, pelajar serta peminat-peminat gaming, esukan dan animasi.

Terdapat pelbagai pengisian menarik yang menanti pengunjung di EsportsCon 2024, antaranya adalah ekspo gaming dan teknologi, sesi perbincangan bersama pakar industri, showmatch dan meet & greet bersama Key Opinion Leader (KOL), pameran akademik oleh universiti, pertunjukan cosplay, khidmat kaunseling kerjaya, demo indie game, peraduan mini dan cabutan bertuah!

Pameran gaming, esukan dan animasi

Terokai koleksi peranti teknologi gaming seperti sistem konsol dan telefon pintar yang canggih dan terkini di pasaran! Ekspo gaming bakal menampilkan judul-judul permainan merentasi platform PC dan mobile.

Siri perbincangan bersama pakar industri

Bukan itu sahaja, malah pengunjung juga boleh mengikuti siri perbincangan bersama tetamu-tetamu jemputan yang akan memfokuskan kepada topik-topik berkaitan ekosistem esukan di Malaysia.  Tetamu jemputan yang terdiri dalam kalangan pakar industri akan mengupas isu-isu seperti tadbir urus dan peluang kerjaya dalam esukan, serta banyak lagi. 

Pengisian menarik lain yang boleh diterokai di EsportsCon 2024:

  • Showdown bersama KOL

Showdown esports di antara KOL dan penonton. Format penuh showdown akan dikongsikan kemudian.

  • Pertunjukan Cosplay

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan pertunjukan cosplay dalam bentuk tarian, nyanyian dan DJ.

Jumpa anda di EsportsCon 2024 pada 6 Januari 2024 di ESI Hub, Spacerubix, Puchong!

Peminat gaming, esukan dan animasi dari segenap lapisan umur dijemput datang beramai-ramai ke EsportsCon 2024!  Jangan lepaskan peluang untuk menyertai EsportsCon yang pertama sekali dianjurkan di Malaysia!  Kemasukan adalah percuma dan terbuka kepada semua. 

Cara mudah untuk anda mengunjungi EsportsCon 2024 

Spacerubix, lokasi rasmi EsportsCon 2024 ini adalah sebuah hab yang direka dengan seni bina yang unik dan estetik serta lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk komuniti. Kedudukannya yang terletak di tepi LDP (Lebuhraya Damansara-Puchong) menjadikan lokasi ini mudah diakses dari Puchong, Subang, USJ, Shah Alam, Petaling Jaya, Bukit Jalil, Sri Kembangan dan Putrajaya.  Spacerubix juga terletak bersebelahan dengan Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong untuk kemudahan pengguna perkhidmatan awam.

EsportsCon Malaysia 2024 dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) bersama-sama dengan Rakan Minuman Rasmi, Goodday Milk Malaysia; dan Rakan Pelaksana, Rakan Muda dan Rakan Digital.

Pamerkan jenama anda di EsportsCon 2024

Kami ingin menjemput jenama teknologi gaming, penerbit judul permainan, institusi akademik gaming dan esports, kelab dan persatuan esports, serta jenama-jenama lain yang berkait dalam ekosistem ini untuk menyertai kami.  Untuk mempamerkan jenama anda di EsportsCon Malaysia 2024, sila hubungi kami menerusi e-mel hey@esportsintegrated.com atau di talian 017-6096277 (Aduka).

Dapatkan info terkini mengenai EsportsCon 2024 dengan melayari laman media sosial @esportsintegrated. 

#   #   #

Mengenai Esports Integrated (ESI)

Esports Integrated (ESI) ialah satu inisiatif untuk memangkin ekosistem esukan yang bertenaga, mampan dan inklusif yang dikuasakan oleh Impact Integrated di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan. Di ESI, kami berhasrat untuk mencipta struktur dan program untuk menyokong penubuhan ekosistem yang bertenaga, mampan dan inklusif yang membolehkan pertumbuhan, memastikan perlindungan dan mengembangkan kepelbagaian. Sebagai satu inisiatif, ESI mengambil berat tentang memupuk dan menggalakkan pertumbuhan dan pengembangan ekosistem Esports sambil pada masa yang sama memastikan persekitaran ekosistem menerima nilai yang sihat dan inklusif.

Butiran Media

Esports Integrated (ESI):

Mia Amira Ishak

PR & Communications

Email: mia@impact.my  / media@esportsintegrated.com 

Tel: +6014-689 6068

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *