Kuala Lumpur, 15 Disember 2023 – Dalam majlis bersama ESL, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut kembali kejohanan ESL One bertaraf global yang dikuasakan oleh Intel® ke Malaysia, selaras dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab esukan Asia Tenggara.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Adam Adli telah membuat lawatan di lokasi kejohanan ESL One Kuala Lumpur 2023 iaitu di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada hari ini. Beliau disertai oleh YB Puan Michelle Ng Mei Sze; Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI); Caitlin Kang, Pengarah Urusan ESL Malaysia; Eugene Hong, Pengurus Projek Kanan ESL One; dan JB Hewitt, Pengarah Urusan ESL Asia-Pasifik Jepun.
Tahun ini adalah tahun keempat kejohanan antarabangsa DOTA 2 tersebut dianjurkan di Malaysia dan perlawanan berlangsung di arena MITEC bermula 11 hingga 17 Disember ini.
12 pasukan DOTA terbaik dunia akan bersaing untuk merebut satu daripada enam tempat di Playoffs serta membawa pulang hadiah tunai 1 juta USD (RM 4.6 juta).
YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam Majlis Sidang Media ESL One Kuala Lumpur 2023 yang diadakan di Sheraton Imperial Hotel KL berkata, di bawah “Pelan Strategik Pembangunan Esukan KBS 2020 – 2025, KBS telah menggariskan fokus untuk memupuk ekosistem esukan yang mampan merangkumi pemegang taruh di semua peringkat. Ini termasuklah dalam aspek pelaburan dalam infrastruktur dan pembangunan bakat serta penganjuran acara serantau dan antarabangsa di Malaysia, seperti ESL One.”
“Selaras dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai esports powerhouse di rantau Asia Tenggara, KBS ingin menjemput lebih banyak acara esukan yang bertaraf dunia seperti ESL One untuk menganjurkan liga dan kejohanan e-sukan mereka di negara ini. Semoga dengan usaha ini dapat memacu pertumbuhan industri esukan yang berterusan dan mampan di Malaysia,” tambah beliau lagi.
“Kami amat berbesar hati dengan peluang untuk mempamerkan pasukan Dota 2 terbaik dunia kepada peminat kami di Malaysia dan dari seluruh rantau,” kata Caitlin Kang, Pengarah Urusan ESL Malaysia di ESL FACEIT Group. “Dengan hadiah terkumpul USD 1 ,000,000 pada tahun ini dan lokasi yang lebih mudah diakses, kami sedia untuk menyambut ribuan peminat Dota 2 ke Kuala Lumpur hujung minggu ini, sekaligus meneruskan legasi ESL One di Malaysia.”
Berikut adalah pasukan yang akan bertanding dalam ESL One Malaysia 2023:
Pasukan | Rantau | Status |
Gaimin Gladiators LGD Gaming Azure Ray Betboom Team 9Pandas Team Liquid Team Secret TSM Wawitas Sagazes Invictus Gaming Blacklist Rivalry Team Falcons | Western Europe China China Eastern Europe Eastern Europe Western Europe Western Europe North America South America China South East Asia Middle East & North Africa | Jemputan Jemputan Jemputan Kelayakan Kelayakan Kelayakan Kelayakan Kelayakan Kelayakan Kelayakan Kelayakan Kelayakan |
Layari ESL DOTA 2 di Facebook dan Twitter untuk maklumat lanjut.
Untuk pertanyaan umum, sila layari about.eslgaming.com dan ikuti ESL Gaming di LinkedIn, Twitter, Facebook, dan Instagram.
***
Mengenai EFG
Kumpulan ESL FACEIT (EFG) adalah syarikat hiburan permainan video dan esukan terkemuka yang komited untuk mewujudkan dunia di luar permainan di mana pemain dan peminat menjadi komuniti. EFG dibina di atas legasi jenama bertaraf dunia termasuk ESL, FACEIT, DreamHack dan DreamHack Sports Games, menyediakan ekosistem inovatif untuk komuniti global pemain, peminat dan pencipta di sekitar permainan yang mereka sukai. Bekerja bersama rakan kongsi, jenama dan IP global terkemuka, EFG mengendalikan portfolio acara langsung, platform digital dan alat pembangun tanpa tandingan yang menjangkau dan melibatkan jutaan pemain di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.eslfaceitgroup.com.
Mengenai ESL One
Di ESL One, pasukan dan pemain dari seluruh dunia bersaing dalam kejohanan esukan yang tiada tandingannya. Menampilkan Dota 2, ESL One menawarkan ratusan ribu hadiah wang tunai setiap tahun. Dengan acara diadakan di stadium di seluruh dunia, ia meletakkan para pemain di hadapan khalayak peminat yang bersemangat, menyorak mereka dalam usaha untuk meraih satu trofi dan kegemilangan yang datang dengannya (www.esl-one.com).
Mengenai Esports Integrated (ESI)
Esports Integrated (ESI) ialah satu inisiatif untuk memangkin ekosistem Esports yang bertenaga, mampan dan inklusif yang dikuasakan oleh Impact Integrated di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan. Di ESI, kami berhasrat untuk mencipta struktur dan program untuk menyokong penubuhan ekosistem yang bertenaga, mampan dan inklusif yang membolehkan pertumbuhan, memastikan perlindungan dan mengembangkan kepelbagaian. Sebagai satu inisiatif, ESI mengambil berat tentang memupuk dan menggalakkan pertumbuhan dan pengembangan ekosistem Esports sambil pada masa yang sama memastikan persekitaran ekosistem menerima nilai yang sihat dan inklusif.
Pertanyaan Media
Esports Integrated: Mia Amira IshakPerhubungan Awam & KomunikasiEmel: media@esportsintegrated.comNo. Tel. : +6014 689 6068 | EFG: Alex Blaikie, Elke Zweers, Katarzyna MaleckaEmel: press@efg.gg |