PELANTIKAN ANGGOTA PERBADANAN BAHARU PERBADANAN STADIUM MALAYSIA BAGI SESI 2023/2025

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan pelantikan seramai 16 orang Anggota Perbadanan yang baharu. Pelantikan individu-individu yang terdiri daripada pelbagai sektor ini mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang kepakaran masing-masing dan bakal mencetuskan impak yang positif kepada pembangunan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sebagai hab sukan dan hiburan yang unggul.

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menyatakan bahawa melalui barisan keanggotaan baharu ini, misi beliau adalah untuk memastikan halatuju PSM dalam pengurusan fasiliti yang berdaya mampan (self-sustainable), mengamalkan tadbir urus korporat yang baik, menyediakan perkhidmatan yang efisen dan profesional kepada semua pihak serta merakyatkan fasiliti PSM untuk kegunaan orang awam dalam mempromosikan gaya hidup sihat.

Anggota Perbadanan PSM bagi Sesi 2023/2025 terdiri daripada:

Mewakili Sektor Korporat
  • YBhg. Dato’ Hans Isaac sebagai Pengerusi (bekas Presiden Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, FINAS dan ahli korporat);
  • YBhg. Datuk Seri Windsor Paul John (Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC)
  • YBhg. Datin Anita Azrina Abdul Aziz (Pengurus Besar Kanan, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan, PETRONAS);
  • Encik Zahir Kelvin Ong Abdullah (Pengacara rancangan ‘Money Matters’, ahli korporat dan penganjur acara antarabangsa); dan
  • Encik Aaron Sarma (Pengasas Bersama ScaleUp Malaysia dan Remote Ventures).
Mewakili Persatuan Sukan
  • Encik Mohd Joehari bin Mohd Ayub (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia);
  • Puan Afrita Ariany binti Nasril (Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia);
  • Encik Nishel Kumar A/L Silvaraja (Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia);
  • Encik Monteiro Gerard Clair (Presiden Persatuan Skuasy Malaysia); dan
  • Puan Tan Seok Khoon @ May Tan (Penolong Setiausaha Kesatuan Renang Malaysia).
Mewakili Sektor Kerajaan
  • En. Mohd Faidz Sanusi (Ketua Pegawai Eksekutif PSM);
  • Puan Ramona binti Mohd Razali (Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan);
  • YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood (Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri);
  • YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abd Mubin (Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim);
  • Puan Christina Dominic Cotter (Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan Malaysia); dan
  • Y.Brs. Ir. Mohamad Darus bin Selamat (Jurutera Awam Penguasa Kanan, Jabatan Kerja Raya).

Anggota Perbadanan PSM terdiri daripada 5 ahli wanita yang merangkumi 31.25% keahlian dan Anggota Perbadanan akan bersama Ketua Pegawai Eksekutif PSM, En. Mohd Faidz Sanusi dan pengurusan kanan PSM bagi mencipta semula pendekatan terhadap industri pengurusan fasiliti untuk semua.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

7 JUN 2023