- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan pelantikan seramai 11 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah Impact Integrated (Impact) yang baharu. Individu-individu yang dilantik telah melalui proses pemilihan yang teliti dan dipilih berdasarkan pengalaman luas dan kepakaran mereka dalam sektor masing-masing serta diyakini mampu mencetus impak positif kepada pembangunan Impact sebagai agensi pemangkin strategik di bawah KBS.
- Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh berkata bahawa menerusi barisan ahli lembaga baharu ini, beliau mensasarkan halatuju Impact dalam pengurusan program dan inisiatif yang berdaya mampan, mengamalkan tata kelola yang cekap dan telus, serta dapat memberi perkhidmatan yang profesional dan efisien kepada rakyat dan komuniti, terutamanya belia.
- Dengan penambahan seramai 11 orang ahli baru, menjadikan jumlah anggota keseluruhan Lembaga Pemegang Amanah Impact Integrated seramai 13 orang.
- Berikut adalah senarai nama kesemua ahli-ahli baru Lembaga Pemegang Amanah Impact Integrated:
- Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON Big (Pengerusi);
- YBhg. Dr. Ts. Nagulendran Kangakayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS;
- Izzat Afifi, Presiden, Majlis Belia Malaysia;
- Johan Rozali-Wathooth, Ketua Pegawai Eksekutif Bintang Capital Partners;
- Leon Koay, Pengarah Strategi Korporat, Maybank Global Banking;
- Samuel Isaiah, Pengarah Pemimpin Global School Leaders (GSL);
- Sasibai Kimis, Pengasas Earth Heir;
- Deborah Chan, Pengasas Wiki Impact;
- Athari Bahardin, Pegawai Kanan, J. Kuldeep Kumar & Co.;
- John-Son Oei, Ketua Pegawai Eksekutif EPIC Collective;
- Samuel Siew, Ketua Pegawai Eksekutif Courtsite.
- Lantikan baru ini akan menyertai Ahli Lembaga yang sedia ada iaitu Puan Kudsia Kahar, Pengarah Urusan Metamorfosa Sdn Bhd serta Puan Norhidayati Zakaria, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan.
- Impact Integrated adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan yang berfungsi sebagai agensi pemangkin strategik di bawah kawal selia KBS yang berteraskan impak dan tidak berkeuntungan. Impact mempunyai tiga fokus utama iaitu belia, sukan elektronik, dan media merentasi beberapa jenama iaitu; Impact Malaysia, Rakita 107.9, Esports Integrated, Spacerubix, Picksum, dan mySukan TV.
- Dengan kekuatan seramai 60 orang kakitangan, pasukan Impact dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmed Faris Amir sejak syarikat tersebut dijenamakan semula pada tahun 2019.
Berdiri dari kiri: Sasibai Kimis, Samuel Isaiah, Izzat Afifi, Samuel Siew, John-Son Oei, Leon Koay, Johan Rozali-Wathooth, dan Athari Bahardin.
Duduk dari kiri: Deborah Chan, Ahmed Faris Amir, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Dr. Ts. Nagulendran Kangakayatkarasu, Kudsia Kahar, dan Norhidayati Zakaria.