Kuala Lumpur Juara Kategori PUBG Mobile Peringkat Kebangsaan di Malaysia Esports League 2022 (MEL22)

Kuala Lumpur Juara Kategori PUBG Mobile Peringkat Kebangsaan di Malaysia Esports League 2022 (MEL22)

PUCHONG, Oktober 31, 2022 – Pasukan Nemesis dari Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai juara kategori PUBG Mobile (PUBGM) Peringkat Kebangsaan di Malaysia Esports League 2022 (MEL22) yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix Puchong. Mereka telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan piala pusingan MEL.

Tempat kedua, ketiga dan keempat pula masing-masing diduduki oleh pasukan dari Perlis, Agent in Pyjamas, pasukan dari Wilayah Persekutuan Putrajaya, Anti Circle, dan pasukan dari Kelantan, Gringos Esport. Mereka telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM7,000, RM5,000 dan RM3,000 bagi tempat kedua, ketiga dan keempat.

Sebanyak 16 pasukan yang telah memenangi MEL22 Peringkat Liga Negeri bersaing selama dua hari di ESI Hub, Spacerubix Puchong pada 28 dan 29 Oktober 2022 untuk merebut kejuaraan dan hadiah wang terkumpul sebanyak RM25,000. Sebanyak 6 peta dimainkan pada hari pertama (Erangel > Miramar > Sanhok > Erangel > Miramar > Sanhok) manakala 5 peta dimainkan pada hari kedua (Erangel > Miramar > Sanhok > Miramar > Erangel). Penerbit permainan PUBGM, Tencent Malaysia juga telah berbesar hati memberi sokongan dari segi penganjuran dan promosi untuk MEL22 Peringkat Kebangsaan.

Tahun ini, MEL dibahagikan kepada 3 siri iaitu Siri MEL22 Regular Series yang terkandung di dalamnya pecahan Liga Negeri dan Liga Kebangsaan yang membariskan 3 judul permainan – Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBGM) dan Garena Free Fire (FF); manakala Siri MEL22 Open Series pula dipecahkan kepada 3 judul permainan – Dota 2, FIFA23 dan Valorant; dan Para MEL22 mempertaruhkan hanya 1 judul permainan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Dalam MEL22 Regular Series, para pemain sukan elektronik akar umbi akan bertanding di Liga Negeri masing-masing bagi merebut tempat untuk mewakili negeri mereka di Liga Kebangsaan. Dengan kerjasama Moonton Games, Tencent Malaysia dan Garena, ketiga-tiga penerbit untuk judul-judul permainan MLBB, PUBGM dan FF, pemenang di playoff kebangsaan akan mara ke kejohanan sukan elektronik profesional anjuran ESI, iaitu Kejohanan Esukan Malaysia 2022/2023 atau Malaysia Esports Championship (MEC) 2022/2023 dan kemudiannya berpeluang untuk mempertaruhkan bakat di sirkit profesional di bawah penerbit judul permainan seperti MLBB Pro League Malaysia (MPL MY), PUBGM National Championship (PMNC) dan FF Malaysia/Cambodia/Philippines Majors (FF MCPS Majors). Selain itu, Para MEL22 pula dijangka akan menjadi permulaan bagi pemilihan atlet bagi kejohanan Sukan ASEAN Para yang bakal berlangsung di Kemboja pada Jun 2023.

MEL22 dianjurkan oleh KBS menerusi ESI dengan kerjasama daripada 16 persatuan sukan elektronik negeri dan wilayah persekutuan serta disokong oleh Penaja Gangsa, Nescafe dan rakan media iaitu eGG Network dan Rakita 107.9, bersama rakan Safe Sport, Safe Sport Malaysia dan rakan Anti-Doping, ADAMAS. Pendaftaran untuk Siri Terbuka MEL22 dan Para MEL22 kini masih dibuka melalui www.esukan.gg. Tonton siaran langsung perlawanan MEL22 di Facebook ESI – Esports Integrated dan KBS.

Tentang Impact Integrated

Kami adalah agensi pemangkin strategik untuk dan di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan (SBMJ), Impact Integrated mempunyai tiga fokus utama iaitu belia, sukan elektronik, dan media merentasi beberapa buah jenama iaitu Impact Malaysia, Rakita 107.9, Esports Integrated, Spacerubix, Picksum and mySukan TV.

Tentang Esports Integrated (ESI)

Esports Integrated (ESI) adalah sebuah inisiatif untuk memangkin ekosistem sukan elektronik yang rancak, mampan dan inklusif di Malaysia. Matlamat ESI adalah untuk membina struktur dan program-program untuk menyokong pembangunan ekosistem yang rancak, mampan dan inklusif yang mampu merangsang pertumbuhan, memastikan perlindungan, dan meluaskan kepelbagaian. Sebagai sebuah inisiatif, ESI amat menitikberatkan galakan pertumbuhan dan peluasan ekosistem sukan elektronik dan dalam masa yang sama memastikan bahawa ekosistem tersebut bersifat inklusif dan meliputi nilai-nilai sihat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *