Esports Integrated (ESI) Mengumumkan Malaysia Esports League 2022 (MEL22) Dikembangkan Lagi untuk Pemain Sukan Elektronik Akar Umbi.

Esports Integrated (ESI) Mengumumkan Malaysia Esports League 2022 (MEL22) Dikembangkan Lagi untuk Pemain Sukan Elektronik Akar Umbi.

PUTRAJAYA, SEPT 8, 2022 – Esports Integrated (ESI), sebuah inisiatif untuk memangkin ekosistem yang rancak, mampan dan inklusif oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada hari ini mengumumkan permulaan Liga Esports Malaysia 2022 (MEL22). Sebagai sebahagian daripada Pelan Pembangunan Strategik KBS untuk Pembangunan Sukan Elektronik, edisi kedua Liga Esukan Malaysia akan diadakan bermula 12 September hingga 3 Disember 2022.

Menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM299,500, MEL22 akan diperluaskan dengan tambahan 2 tajuk permainan baharu dan kategori yang dikembangkan daripada 4 kepada 7, dengan penyertaan liga orang kelainan upaya (OKU). Susulan daripada kejayaan Malaysia Esports League 2021 (MEL21), MEL22 menyasarkan untuk menyediakan platform yang lebih komprehensif dan inklusif untuk bakat sukan elektronik Malaysia bersaing dan mempamerkan kebolehan mereka.

MEL22 akan dibahagikan kepada 3 siri iaitu Siri MEL22 Regular yang terdiri daripada Liga Negeri MEL22 dan Kebangsaan MEL22 yang menampilkan 3 tajuk permainan – Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBGM) dan Garena Free Fire (FF); Siri Terbuka MEL22 menampilkan 3 tajuk permainan – Dota 2, FIFA23 dan Valorant; dan Para MEL22 (tajuk permainan akan diumumkan tidak lama lagi melalui akaun media sosial ESI).

Bagi Siri MEL22 Regular, matlamatnya adalah untuk menyediakan platform sebenar bagi peminat sukan esport akar umbi untuk bersaing di peringkat negeri (Liga Negeri MEL22) dan kemudiannya mewakili negeri mereka di playoff kebangsaan (Kebangsaan MEL22). Dengan kerjasama Moonton, Tencent dan Garena, penerbit masing-masing untuk MLBB, PUBGM dan FF, pemenang dari playoff kebangsaan akan mara ke kejohanan peringkat profesional ESI, Kejohanan Esukan Malaysia 2022/2023 (MEC 2022/2023) dan kemudiannya menjadi penerbit litar profesional sendiri seperti MLBB Pro League Malaysia (MPL), PUBGM National Championship (PMNC) dan FF Malaysia/Cambodia/Philippines Majors (FF MCPS). Liga Negeri MEL22 akan bermula dari 12 hingga 29 September 2022 dan akan dijalankan secara maya, manakala MEL22 Nationals pula akan bermula dari 1 Oktober hingga 2 November 2022, yang diadakan secara fizikal di ESI Hub, Spacerubix Puchong.

Bagi Siri Terbuka MEL22, ia akan menjadi kejohanan terbuka untuk semua pemain dari pelbagai peringkat (amatur, separa profesional dan profesional), manakala Para MEL22 adalah kesinambungan kejohanan OKU sahaja ESI, memberi peluang kepada peminat sukan elektronik OKU. Kedua-dua siri akan diadakan secara fizikal di ESI Hub juga.

“KBS ingin menjemput peminat sukan dari pelbagai peringkat untuk menyertai MEL22. Meneruskan kejayaan MEL21 tahun lepas di mana 50,000 individu telah mendaftar untuk menyertai, dan meraih hampir 1.2 juta tontonan, MEL22 dijangka bakal menarik jumlah pendaftaran dan tontonan yang besar; jadi daftarlah sekarang sebelum kehabisan slot,” kata YB Dato’ Sri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan perluasan kejohanan esport akar umbi terbesar Malaysia, MEL untuk tahun ini. Ini membolehkan lebih ramai peminat, terutamanya belia, bersaing dan menceburi litar pertandingan esport tempatan. Dengan perkembangan yang jelas daripada MEL kepada MEC dan kejohanan profesional penerbit sendiri, kami ingin memastikan laluan yang jelas untuk mana-mana peminat esport untuk bersaing dan maju; dari peringkat negeri amatur, seseorang itu mampu bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa,” kata Fadzli Rahim, Naib Presiden Operasi dan Pertumbuhan, ESI.

MEL22 dianjurkan oleh ESI dengan kerjasama 16 persatuan sukan elektronik negeri dan pendaftaran kini dibuka melalui www.esukan.gg. Perlawanan akan disiarkan secara langsung melalui halaman Facebook ESI dan KBS.

About Impact Integrated

We are a strategic catalyst agency for and under the purview of the Ministry of Youth and Sports (KBS). As an impact driven, non-profit company limited by guarantee (CLBG), Impact Integrated has three focus areas namely youth, esports, and media across several flagship brands; Impact Malaysia, Rakita 107.9, Esports Integrated, Spacerubix, Picksum and mySukan TV.

About Esports Integrated (ESI)

Esports Integrated (ESI) is an initiative to catalyse a vibrant, sustainable and inclusive Esports ecosystem powered by Impact Integrated under the purview of the Ministry of Youth and Sports. At ESI, we aim to create structures and programmes to support the establishment of a vibrant, sustainable and inclusive ecosystem which enables growth, ensures protection and expands diversity. As an initiative, ESI cares about nurturing and encouraging the growth and expansion of the Esports ecosystem while at the same time ensuring that the ecosystem’s environment embraces healthy values and is inclusive.