Impact Malaysia sekali lagi telah melancarkan inisiatif #ImpactTolongHantar (ITH) edisi
ketiga iaitu “#ImpactTolongHantar Vaksin (ITH Vaksin)” untuk membantu menghantar
kumpulan sasar khususnya golongan rentan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Selain
itu, Impact Malaysia juga mengaktifkan kumpulan sukarelawan muda Impact Youth di
seluruh negara untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan.
ITH Vaksin bantu hantar golongan rentan ke PPV
Impact Malaysia menawarkan bantuan pengangkutan dalam bentuk khidmat e-hailing
(GRAB) percuma atau bantuan tunai untuk kos pengangkutan peribadi untuk ke PPV
menerusi program ITH Vaksin. Bantuan ini khas untuk golongan rentan dari kategori
B40, Orang Asli, OKU dan warga emas.
Selain itu, ITH Vaksin juga menawarkan khidmat sukarelawan Peneman untuk warga
emas, OKU dan golongan yang memerlukan khidmat ini secara percuma.
ITH Vaksin telah bermula sejak 23 Jun lalu sehingga tamatnya program pemberian
vaksin seperti yang akan diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia suatu masa
nanti. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan bit.ly/ithvaksin.
Sukarelawan Impact Youth
ITH Vaksin kali ini dijalankan dengan kerjasama Impact Youth, kolektif sukarelawan
Impact Malaysia yang dianggotai oleh sukarelawan muda berusia 18 – 35 tahun seluruh
Malaysia.
Selain daripada menyelaras ITH Vaksin, sukarelawan Impact Youth juga membantu
kumpulan sasar membuat pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi mySejahtera,
menyelaras edaran bantuan set barangan asas untuk isi rumah yang memerlukan, dan
bekerjasama dengan komuniti untuk membantu golongan yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut mengenai ITH Vaksin, Impact Youth dan program-program
kelolaan Impact Malaysia, sila layari www.impact.my dan ikuti laman media sosial
Impact Malaysia, Facebook/Twitter @impactdotmy, atau Instagram @impactmsia.
Mengenai Impact Malaysia
Impact Malaysia merupakan inisiatif impak sosial Impact Integrated, agensi di bawah
kawalselia Kementerian Belia dan Sukan. Impact Malaysia memperkasa golongan
muda untuk menjadi changemaker menerusi pelbagai aktiviti pembangunan kapasiti,
dana, projek impak sosial, kerjasama dan komunikasi strategik.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan
program, sila hubungi:
Hanis Khairuddin
Associate, Communications
Impact Malaysia
Email: hanis@impact.my
Mobile: +6013-3809484
Untuk sebarang pertanyaan media, sila
hubungi:
Mia Amira Ishak
AVP, Public Relations & Communications
Impact Integrated
Email: mia@impact.my
Mobile: +6014-6896068