SAINGAN SENGIT 35 LAGU DI PERINGKAT SEPARUH AKHIR ANUGERAH LAGU INDIE

KUALA LUMPUR, 27 OGOS 2020 – Selepas menerima sejumlah 630 buah lagu hasil karya anak tempatan dan ahli muzik bebas (independent), Anugerah Lagu Indie hari ini mengumumkan 36 lagu yang bakal berentap di peringkat Separuh Akhir.

Lagu-lagu yang berjaya ke peringkat Separuh Akhir ini telah dipilih oleh 7 orang juri Anugerah Lagu Indie iaitu Jennifer Thompson, AD Samad, Loy Ekzan, Fly Halizor, Jadlobo, dan Azim Jenk Ali. Selepas melalui proses saringan yang berlangsung pada (nama bulan) lalu, sebanyak 200 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2019 sehingga 14 Ogos 2020 telah disenarai pendek dan hanya 30 buah lagu sahaja yang terpilih untuk ke peringkat Separuh Akhir.

Manakala 6 lagi lagu yang terpilih ke peringkat Separuh Akhir adalah lagu-lagu yang pernah atau sedang mengungguli Carta Indie Kita di radio Rakita 107.9, stesen #MuzikPalingLit. Rakita juga pada hari ini diumumkan sebagai “Rakan Strategik” Anugerah Lagu Indie 2020.

Dengan kepelbagaian genre di dalam acara ini, kewujudan Anugerah Lagu Indie diharap dapat mengangkat martabat penulis lagu, penulis lirik, pemuzik dan penyanyi bebas (indie) di dalam industri muzik Malaysia.

Dari 36 buah lagu yang bertanding di dalam Separuh Akhir Anugerah Lagu Indie ini, hanya 12 sahaja yang bakal terpilih untuk berentap di Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie yang bakal diadakan pada 3 Oktober 2020 nanti di Spacerubix, Puchong.